ABOUT UCTC

Pusat Transformasi Komuniti Universiti – UCTC

 

 
 

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERITI(UCTC)

 

Idea UCTC dibentangkan di dalam Mesyuarat NBOS Summit pada 21 November 2012. Kemudian diusulkan kepada IPTA melalui ucapan Amanat Tahunan YBM Menteri Pengajian Tinggi pada 29 Januari 2013. Berasal dari inisiatif NBOS yang bermula sejak bulan November 2009. Antara program yang telah berjalan adalah Kerjasama Universiti (NBOS 4) dan IM4U Outreach Centre.UCTC merupakan inisiatif NBOS ke-8, KPM bertindak sebagai agensi peneraju dan melibatkan IPTA. Telah dilancarkan secara rasmi pada 30 November 2013 oleh YB Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.

LATAR BELAKANG PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERITI(UCTC)

 

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah ditubuhkan pada 8 Januari 2014 (Petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bil 1/2014) dan diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).