INTRODUCTION

  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menjalankan program Sekolah BITARA UPSI bermula pada tahun 2009 dengan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah.

  2. Sekolah BITARA UPSI dimulakan dengan penyertaan dengan sekolah-sekolah di daerah Batang Padang terlebih dahulu dengan penglibatan awal sebanyak tujuh (7) buah sekolah. Seterusnya berkembang ke sekolah di daerah Hulu Selangor dan terus mendapat permintaan dari daerah-daerah lain seperti daerah Kuala Kangsar dan Kinta serta Putrajaya.

  3. Berdasarkan kepada keputusan minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 04/2020 pemindahan peruntukan Sekolah Bitara daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan diberikan kepada Pusat Transformasi Komuniti  Universiti (UCTC).

  4. Objektif Pelaksanaan Sekolah Bitara :

    • Membantu pihak sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian.

    • Memberi bantuan kepakaran UPSI kepada pihak sekolah sama ada kepada pelajar dan guru.

    • Mengadakan kolaborasi penyelidikan secara bersama.

    • Mengadakan program-program yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

    • Sumbangan UPSI kepada data MyRA iaitu dari segi pengetahuan/projek penyebaran teknologi/ asimilasi (inovasi sosial) bagi bilangan projek baru dengan kerjasama Industri/komuniti. Bilangan komuniti yang menerima projek pemindahan ilmu dan teknologi. Program komuniti ini akan menunjukkan perubahan positif dari segi pengetahuan/kemahiran/tingkah laku atau aspirasi. Komuniti yang menggunakan program akan menggerakkan sumber dan kepakaran dengan pihak UPSI.